S. M. Mohamed Idris Meninggal Dunia

PULAU PINANG – Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Pulau Pinang hari ini.

Difahamkan, Allahyarham yang juga Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) meninggal dunia pada pukul 4.45 petang hari ini, pada usia 93 tahun.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak.

Difahamkan, jenazah akan ditempatkan di rumahnya di Rose Avenue di sini sebelum dijangka dikebumikan pukul 10 pagi esok. – K! ONLINE

Loading...