Rusuhan Kuil: Waytha Moorthy Kena Letak Jawatan

RAGU… Kredibiliti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy yang diberi amanah bagi pertahan perpaduan sepatutnya serlah apabila…

RAGU… Kredibiliti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy yang diberi amanah bagi pertahan perpaduan sepatutnya serlah apabila tercetus sesuatu kekecohan besar.

Malangnya, insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor yang berlarutan sehingga dua hari jelas perlihat kegagalan pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu dalam kawal keadaan genting.

Justeru, Majlis Perundingan Melayu (MPM) desak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar segera pecat beliau yang disifatkan langsung tidak layak berada dalam Kabinet apatah lagi pegang jawatan menteri perpaduan.

Menurut Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr. Hasan Mad, Waytha Moorthy dilihat mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang menteri Pakatan Harapan (PH) dan langsung tidak ambil peduli mengenai insiden kekecohan itu.

“MPM sehubungan itu menyalahkan Waytha Moorthy yang terlalu sibuk dalam melakukan pembohongan di luar negara dan jejas imej baik Malaysia sendiri namun gagal pula menjalankan tugasnya sebagai menteri perpaduan.

“Terserlah begitu jelas siapa beliau ini dan kegagalannya jalan tugas diamanahkan kepadanya hingga menyebabkan seorang anggota bomba dipukul teruk dengan kejam oleh perusuh,” katanya dalam kenyataan di ibu negara, hari ini.

Dalam kejadian di kuil itu awal pagi tadi, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, cedera parah akibat diserang kumpulan perusuh.

Mangsa yang sudah bertunang dan bakal kahwin hujung tahun ini, dilaporkan kini terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan di unit rawatan rapi sebuah hospital swasta di Subang Jaya. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...