Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Yuna Terpilih Nyanyikan Lagu...

PENYANYI kelahiran Malaysia yang sedang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna,sekali lagi mengharumkan...

CAP Dakwa Harga Sayur...

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal...

Lori Tangki Minyak Terbalik...

SIBURAN - Sebuah lori tangki minyak dipercayai hilang kawalan lalu terbalik dan menyebabkan...

Latihan Tembakan Torpedo Kapal...

KUALA LUMPUR - Sebuah torpedo Black Shark yang dilancarkan dari Kapal Selam KD...

Rusia Masuki Aleppo: Syria Kini Aghanistan Kedua

INILAH licik permainan kuasa besar.

Setelah Revolusi Jasmin tajaan Barat gagal di Syria – Rusia kini mencuri peluang memintas masuk ke Aleppo. Ini satu isyarat kepada Barat: Syria kini milik Moscow.

Apa hujahnya?

Mulai sekarang, Barat boleh menentang Rejim Bashar melalui tekanan diplomatik, tetapi sebarang tindakan bersenjata bererti mengheret Rusia menyertai perang terbuka.

Bashar pula tahu, sekali pun sudah menakluki Aleppo, tiada jaminan kedaulatan Syria akan terpelihara.

Aleppo menjadi kubu kuat pejuang penentang Bashar, Syrian Liberation Army yang disokong Barat.

Bashar belajar dari sejarah Muammar Gadaffi yang dibunuh di Sirte pada Oktober 2011, setelah tenteranya hilang penguasaan di Libya akibat serangan bersenjata Pakatan Barat diketuai Amerika Syarikat.

Revolusi Jasmin di Syria bermula Julai 2011. Selama lima tahun berperang menghadapi SLA, Bashar berjaya menjadikan dirinya sebagai satu-satunya pemimpin dunia Arab yang gagal dijatuhkan.

Bermula 8 Disember 2010 di Algeria, Arab Spring secara domino berjaya menjatuhkan pemimpin di Tunisia, Libya dan Mesir.

Namun di Syria, Bashar mengunakan tenteranya menentang kebangkitan revolusi awam.

Kini, setelah berjaya menawan semula Aleppo dengan bantuan Rusia, Bashar mahukan jaminan tiada campurtangan ketenteraan Barat. Insurannya ialah dengan membenarkan Rusia membawa masuk tenteranya ke bumi Syria.

Pada 23 Disember, setelah sepuluh hari Aleppo digempur dan berjaya ditawan Bashar, Rusia menghantar satu batalion polis tentera untuk mengawal keadaan di Aleppo.

Pada 12 Disember lalu, jet pejuang Rusia membantu Bashar dengan menggempur Aleppo melalui serangan udara.

Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata, batalion itu berperanan memastikan semua peraturan baharu di Aleppo akan dipatuhi.

Polis tentera Rusia merupakan sebahagian daripada pasukan tentera kawalan Moscow.

Namun secara politiknya, dengan kehadiran batalion itu, beranikah Barat mencabar kehadiran Rusia?


Beranikah Barat menggugat kedudukan Bashar secara bersenjata seperti di Libya?

Membawa batalion Rusia ke Aleppo adalah langkah pertama. Ia pasti disusul dengan langkah Moscow mempelbagaikan kehadiran aset ketenteraan mereka.

Sekiranya Rusia membawa masuk lebih banyak aset strategik, rantau Mediteranean pasti akan lebih tegang. Israel pasti tidak akan senang duduk kerana kehadiran aset Moscow akan mengukuhkan kedudukan Bashar dalam dimensi kesediaan berperang.

Apa yang terjadi Syria kini mengulangi sejarah 25 Disember 1979. Apabila Rusia membawa masuk tentera dan aset perang ke Afghanistan sebagai sokongan kepada Rejim Babrak Kamal di Kabul.

Rusia membantu Babrak Kamal memerangi kebangkitan Mujahidin Afghanistan selama sembilan tahun.

Kesatuan Soviet mempertahankan Babrak Kamal yang membentuk kerajaan Marxis Afghanistan di bumi majoriti Islam.

Selama sembilan tahun, Rejim Komunis Babrak Kamal berperang menentang mujahidin Islam hasil gabungan pelbagai etnik dan kumpulan bersenjata. Sejak itu, kemusnahan Afghanistan kekal hingga sekarang.

Walaupun Rusia berundur pada 2 Februari 1989, Afghanistan tidak lagi pernah aman dengan pelbagai siri perang hinggalah diduduki Amerika Syarikat pada 7 Oktober 2001.

Tindakan AS itu hanya 32 hari selepas kejadian 11 September. AS mengunakan alasan Taliban Afghanistan bertanggungjawab di sebalik serangan World Trade Center di New York.

Syria kini sedang menuju sejarah menjadi Afghanistan kedua.

Beginilah liciknya kuasa besar menjadikan negara kecil sebagai bidak mainan.

Sedihnya… bidak itu ialah negara Islam!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori