Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JDT & MU Tidak...

MELAKA - "Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Melaka United (MU) masing-masing ada cara,...

Pelancong China Dikecualikan Visa...

KUALA LUMPUR - Mulai 1 Januari ini para pelancong dari negara China dikecualikan...

Tapak Kaki Wanita Hadap...

Chongqing - Seorang wanita yang dilahirkan dengan tangan dan kaki yang luar biasa...

‘630,000 Baris Maklumat Kerajaan...

GEORGETOWN: Kira-kira 630,000 baris maklumat daripada laman web pangkalan data kerajaan negeri Pulau...

Rusia Bunuh Anjing Liar Menjelang Piala Dunia

BERIBU-ribu ekor anjing liar telah ditangkap dan dibunuh di Rusia, menjelang penganjuran perlawanan Piala Dunia yang akan bermula bulan depan.

Ia dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dibayar berjuta-juta dolar oleh kerajaan Rusia. Perkara itu terbongkar apabila seorang lelaki, Victo Jose Arroyo, menemui damak pada leher bangkai seekor anjing di Sochi.

“Saya yang memberi makan anjing itu, ia selalu datang ke laman rumah saya. Ia adalah seekor anjing yang sihat.

“Menyedihkan kerana mereka menyelesaikan masalah anjing liar itu dengan cara yang kejam padahal ada kaedah lain yang lebih murah dan berperikemanusiaan,’’ kata Victo.

Januari lalu, seorang aktivis, Ekaterina Dmitrieva, mendedahkan kerajaan Rusia mengeluarkan kontrak sebanyak £1.4 juta untuk syarikat tertentu untuk menangkap anjing liar menjelang Piala Dunia.


Susulan itu beliau mendesak Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) supaya menghentikan hukuman mati ala KGB terhadap anjing liar terbabit.

Ekaterina turut melancarkan petisyen dalam talian dengan lebih 240,000 orang telah menandatangani. Perlawanan pertama Piala Dunia akan menyaksikan England menentang Tunisia pada 18 Jun ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori