Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun M Menteri Pelajaran,...

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan beliau...

Lelaki Miliki Ketinggian 7′...

SEORANG lelaki berasal dari kawasan pedalaman Shandong, wilayah timur China akan merasai sinar...

TPM Dedah Mahathir ‘U-Turn’...

JERLUN - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada rakaman perbualan dengan...

Umat Islam Kuat Tegak...

BANDA ACEH - Umat Islam akan mempunyai kekuatan dalam menegakkan ajaran agama itu...

Rusia Bakal Perkenal ‘Hunger Games’ Realiti

PERNAHKAH anda melihat filem siri Hunger Games yang terkenal dengan permainan survival antara peserta hingga ada yang sanggup membunuh untuk meneruskan hidup.

Kali ini, permainan tersebut akan menjadi realiti apabila seorang jutawan dari Rusia bakal mengadakan program realiti televisyen terbaru dengan menyajikan adegan sebenar seperti filem itu tidak lama lagi.

Siberiantimes melaporkan, program tersebut bakal bermula Julai nanti dan seramai 30 peserta terdiri dari 15 lelaki dan 15 wanita dari seluruh dunia sudah bersetuju untuk menyertai program relaiti tersebut.

Peserta yang terlibat adalah pelajar, jurulatih renang, pakar ekonomi, pelajar dan pelbagai bidang kerja lain dari Sweden, Korea Selatan dan lain-lain.

Rusia Bakal Perkenal 'Hunger Games' Realiti

Program itu akan diadakan di sebuah kawasan terpencil di Pulau Siberia dan penganjur tidak akan campur tangan sekiranya peserta berdepan dengan situasi menakutkan termasuk dirogol atau dibunuh.

Suhu kawasan itu akan mencecah 35 darjah celsius pada musim panas dan negatif 50 darjah celsius pada musim sejuk, dan peserta hanya diberikan sehelai baju sejuk sepanjang tempoh pertandingan.

Setiap peserta hanya diberikan sebilah pisau dan perlu meneruskan hidup selama sembilan bulan iaitu April 2018 dengan risiko diserang beruang, serigala dan haiwan buas lain.

Pengasas program itu, Yevgeny Pyatkovsky berkata, tiada sebarang tindakan akan diambil dan tidak akan menghentikan permainan walaupun peserta mahu melahirkan anak.

“Saya pasti akan berlaku pergaduhan dan lain-lain.

“Kami tidak kisah tentang reaksi negatif jika situasi itu berlaku,” katanya.


Rusia Bakal Perkenal 'Hunger Games' Realiti

Peserta akan diduga dengan pelbagai cabaran dan dugaan bagi meneruskan kehidupan di pulau Siberia yang mempunyai ancaman serangan beruang dan perlu memburu penjenayah yang baru dikeluarkan dari ‘penjara’.

“Tugasan meraka adalah untuk menangkap penjenayah dan mereka yang berjaya akan mendapat hadiah dari penaja.

“Tidak ada lagi program seperti ini dilakukan di seluruh dunia sedangkan semua manusia perlu menggunakan kemahiran mereka untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Meskipun terpalit kontroversi ekoran undang-undang tersebut, persiapan untuk program itu sudah hampir selesai dan antara peserta yang akan terlibat termasuk jurulatih renang, ejen perisik, pekerja profesional dan beberapa individu lain.

Rusia Bakal Perkenal 'Hunger Games' Realiti

Sebanyak 2,000 kamera dipasang di kawasan pertandingan untuk merakam dan menyiarkan permainan itu secara langsung menerusi laman web.

Namun, peserta yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang Rusia walaupun sebelum ini penganjur meletakkan peraturan dengan membenarkan segala perbuataan termasuk bergaduh, arak, membunuh, merokok dan sebagainya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori