Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

KBS Tumpu Bangun Infra...

BENTONG - Mulai tahun depan Kementerian Belia dan Sukan akan memfokuskan kepada Program...

Lelaki Ditahan Bersama 2...

BESUT - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dua laras senapang patah buatan...

Gambar: Rumah Nenek Neelofa...

RASANYA semua peminat hiburan mengetahui yang selebriti cantik Neelofa atau nama sebenarnya Noor...

AirAsia Tambang Promosi Bermula...

KUALA LUMPUR - AirAsia, menawarkan tambang promosi termasuk semua bermula daripada RM59 bagi...

Rumah, Kenderaan Penarik Kereta Ditembak

KOTA BHARU – Seorang penarik kereta sambilan terkejut apabila mendapati kenderaan dan rumahnya ditembak individu tidak dikenali dalam kejadian di Rantau Panjang, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata dalam kejadian pada 4.30 pagi itu, mangsa yang juga pemandu lori terdengar bunyi letupan di bahagian hadapan rumah sebelum keluar membuat pemeriksaan.

“Mangsa terkejut apabila melihat kesan tembakan pada tangki minyak dan bahagian sisi kanan kereta jenis Toyota Vios yang dipakir di garaj rumahnya selain terdapat kesan tembakan pada pintu utama rumah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata susulan kejadian itu, sepasukan anggota polis ke tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan.

Polis mendapati terdapat serpihan peluru di dalam rumah dan di atas jalan raya rumah penarik kereta itu.


Hasanuddin sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kemungkinan dan isu berkaitan kejadian, seperti hutang dan sebagainya. – BERNAMA

Kategori