Rumah Keluarga Haziq Diceroboh ‘Polis Bukit Aman’

KUALA LUMPUR – Keluarga individu yang mendakwa dirinya dalam video intim bersama seorang lelaki mirip menteri Kabinet, Muhammad Haziq Abdul Aziz tampil membuat laporan polis selepas rumah mereka di Kuching, Sarawak ‘dipecah masuk’ lima lelaki petang semalam.

Memetik laporan The Star Online, Muhammad Haziq sebagai berkata, lima lelaki terbabit mendakwa mereka sebagai anggota polis dari Bukit Aman.

Katanya, laporan tersebut dibuat bapanya di Ibu pejabat Polis Daerah Kuching pada pukul 1 pagi tadi.

Dalam laporan polis tersebut, bapanya memberitahu, dia berasa curiga terhadap tingkah laku kumpulan tersebut dan bersetuju selepas mengarahkannya untuk menandatangani satu borang tanpa pemeriksaan lanjut.

Terdahulu Muhammad Haziq yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong memaparkan gambar laporan itu dalam laman akaun Facabook miliknya hari ini dengan hantaran ‘tinggalkan keluarga saya dan hadapi kebenaran’.

Selepas 24 jam digemparkan dengan penularan video rakaman dua lelaki berbogel sedang intim di atas katil, Muhammad Haziq kelmarin tampil membuat pengakuan dia merupakan lelaki dalam video seks itu bersama seseorang yang didakwanya menteri kanan Kabinet. – UTUSAN ONLINE

Loading...