Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Vape Untuk Berhenti Rokok...

KUALA LUMPUR - Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyifatkan dakwaan segelintir pihak kononnya...

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga...

Najib Sakit Mata, Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menangguhkan perbicaraan kes SRC...

Cuma Dibayar RM50, Pelakon...

KONONNYA dijanjikan bayaran RM100 sehari bagi menjalani penggambaran selama 11 hari, namun semua itu...

Rumah Hantu Pertama ‘The Sacred Riana’ Kini Di Ipoh

IPOH – Rumah hantu “The Sacred Riana” di taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini, merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

Tarikan baharu di MAPS itu menampilkan watak-watak hantu yang diketengahkan pemenang Asia Got Talent 2017, Marie Antoinette Riana Graharani seorang artis silap mata dari Indonesia atau lebih dikenali sebagai The Sacred Riana.

Pengasas Trilogy Magic Factory, Oge Arthemus yang menguruskan Riana berkata pengunjung pasti memperoleh pelbagai pengalaman jika memasuki rumah hantu tersebut.

“Setakat ini respons pengunjung mereka cukup ketakutan, ada yang menangis, ada yang terkencing, ada yang merangkak keluar ketakutan dan ada yang hampir pengsan. Kata mereka walaupun takut masih mahu cuba lagi,” katanya kepada pemberita pada lawatan media sempena pengumuman tarikan terbaharu di MAPS di sini hari ini.

Mula dibuka pada 13 Dis lepas, tiket masuk ke rumah hantu itu adalah RM15 seorang, tidak termasuk dengan harga tiket memasuki MAPS iaitu RM80.


Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MAPS, Mohd Farid Abdul Aziz berkata rumah hantu tersebut akan menjadi tarikan kekal di taman tema tersebut.

“Pengunjung digalakkan untuk mencuba Rumah Hantu The Sacred Riana dan pastinya akan terhibur,” katanya.

Taman tema animasi itu dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan 10 pagi hingga 10 malam pada cuti hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah. – BERNAMA

Kategori