Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mufti Perak dijangkiti COVID-19

IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, disahkan positif COVID-19 dan...

Kenyataan Sanusi Cenderung Bangkit...

Kenyataan yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempunyai...

“Maafkan Saya, Saya Bukan...

KUCHING - Seorang lelaki sempat meninggalkan sekeping nota berbunyi "Maafkan saya, saya bukan anak...

Telefilem Saloma Papar Tohmahan...

PETALING JAYA - Pelakon Adlin Aman Ramlie meluahkan rasa kesal apabila telefilem biopik...

Rujuk Doktor, Usah Terlalu Percaya Ubat Di Pasaran

KANGAR – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat supaya tidak terlalu percaya dengan lambakan ubat-ubatan dalam pasaran yang belum pasti kesahihannya.

Baginda mahu rakyat merujuk kepada pakar perubatan jika menghadapi masalah kesihatan.

“Rakyat yang sihat berupaya memainkan peranan dan memberi sumbangan untuk membangunkan negeri ini,” titah Tuanku Syed Sirajuddin semasa merasmikan hospital pakar swasta yang pertama di Perlis, KPJ Perlis di sini, hari ini.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi KPJ Healthcare Berhad Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Datuk Amiruddin Abdul Satar.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah kewujudan KPJ Perlis akan dapat menyemarakkan industri pelancongan kesihatan di Perlis.


“Kewujudan KPJ Perlis ini memudahkan rakyat Perlis mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik tanpa perlu ke hospital pakar swasta di negeri-negeri lain.

“Beta sangat sukacita dan mengucapkan tahniah kepada KPJ kerana membuka hospital ini di negeri Perlis,” titah baginda.

Sebelum itu, Amiruddin dalam ucapannya berkata hospital yang ke-25 dalam Kumpulan KPJ itu setinggi lapan tingkat menelan kos lebih RM50 juta dibangunkan dengan usahama Yayasan Islam Perlis.

Katanya hospital pakar itu menyediakan perkhidmatan antaranya kemalangan dan kecemasan yang beroperasi 24 jam serta perkhidmatan ultrasound empat dimensi untuk bakal-bakal ibu. – BERNAMA

Kategori