Ruhainies Akui Adira Ada Call, Tanya Cerita Sebenar

PELAKON Ruhainies mengakui ada menerima panggilan telefon daripada penyanyi Adira yang merupakan isteri kedua Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, lelaki yang kini hangat digosipkan dengan dirinya.

Menurut Ruhainies, dalam perbualan telefon tersebut, Adira menunjukkan sifat yang profesional malah tiada langsung unsur-unsur amarah dalam percakapannya.

Adira Akui Hubungi Ruhainies Minta Penjelasan

“Adira ada menghubungi saya pada malam kes ini dihebahkan. Dia bertanya apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya memberi penerangan kepada Adira tentang cerita sebenar. Dia memahami apa yang terjadi dan tidak menyalahkan sesiapa.

“Saya dan Adira tidak bermasam muka atau pun bergaduh. Dia pun belum memberikan apa-apa kenyataan kepada pihak media kerana mahu dengar penjelasan saya terlebih dahulu.

“Saya merasakan Adira sangat profesional. Cara dia bercakap dengan saya pun secara diplomasi dan tiada unsur marah-marah pun. Saya tidak bermasam muka dengan Adira,” katanya, memetik laporan Astro Gempak.

Menurut pelakon berusia 24 itu, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Datuk Red, sebaliknya ianya berlandaskan hubungan kerja semata-mata.

Ruhainies turut menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak akan ‘mengacau’ suami orang kerana mengakui tidak rela bermadu.

“Secara umumnya, saya tidak rela bermadu. Saya sendiri seorang yang kuat cemburu. Jadi kalau boleh, saya tidak mahu bercinta dengan suami orang.

“Namun begitu, saya tak mahu bercakap besar kerana takut jodoh saya dengan suami orang. Tapi selagi saya boleh jauhkan, saya akan jauhkan,” ujarnya lagi.

Kontroversi antara Ruhainies dan suami Adira menjadi hangat apabila tersebar sebuah video di sebuah portal berita memaparkan aksi mesranya dengan lelaki tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur, Khamis lalu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...