Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Zahid Bawa Fail Bertimbun,...

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mendakwa Ahmad Zahid Hamidi pernah bertemunya untuk meminta...

Penduduk Jumpa Patung Berhala...

PELABUHAN KLANG - Penduduk Taman Pendamar Indah, gempar apabila dikejutkan dengan penemuan sebuah...

10 Kepercayaan ‘Karut’ Masyarakat...

RAKYAT Malaysia pastinya mengetahui yang kaum Cina mempunyai ketakutan mereka yang tersendiri dengan...

Pak Jabit Telah Kembali...

JIKA anda pernah menonton filem Hantu Kak Limah, pasti anda akan kenal dengan...

Royalti Berdasarkan Keuntungan Di Negeri Pengeluar

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum dibuat berdasarkan jumlah keuntungan diperoleh daripada negeri berkenaan.

“Royalti adalah daripada keuntungan. Jika untung RM100 juta, maka RM20 juta jadi royalti.

“Ia berdasarkan keuntungan Petornas di sesuatu tempat. Maka apa yang kita kutip di Terengganu tidak akan dibayar kepada Sarawak dan Sabah ” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini, hari ini.

Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan komited merealisasikan janjinya yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 termasuk pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya berharap royalti itu digunakan untuk kebaikan negeri-negeri berkenaan dan tidak disalah guna untuk memperkuatkan parti dan lain-lain.


Sementara itu, Dr Mahathir berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung laporan penahanan ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low di China.

“Ada orang melaporkan bahawa dia telah ditangkap, tetapi saya tiada maklumat langsung tentang penangkapan beliau. Saya rasa ini salah satu berita palsu,” katanya.

Blog Sarawak Report pada Rabu melaporkan sebuah stesen radio di Hong Kong menyiarkan satu laporan berita berhubung penahanan Jho Low di China. – BERNAMA

Kategori