Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BN Bantah Syor Kedua...

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengemukakan bantahan terhadap syor kedua...

Chelsea Menang, John Terry...

KAPTEN Chelsea, John Terry mungkin bakal menggantung but selepas berakhirnya perlawanan Liga Perdana...

Agong, Raja Permaisuri Berangkat...

SUBANG - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat...

Masalah Muara Cetek Sg....

MARANG - Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri Mokhtar yang bertugas di hari kedua...

Rosyam Cipta Serasi, Letak Diri Jadi Pelakon Baharu

SELAKU pelakon, penerbita dan pengacara yang lebih senior dalam industri seni, Datuk Rosyam Nor berfikiran secara terbuka dengan memberi lebih peluang kepada lambakan pelakon baharu.

Ini secara tidak langsung bagi menonjolkan bakat lakonan mereka dapat diasah kepada pengetahuan umum.

Bagi Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 51, dia akan berusaha sehabis baik bagi meletakkan dirinya bersama dengan pelakon baharu jika digandingkan bersama.

Ini juga agar imej lakonannya tidak pula terlalu menonjol lebih daripada pelakon baharu berkenaan.

“Sebagai orang lama dalam industri saya faham bukan mudah untuk seorang artis itu menempa nama dalam bidang ini.

“Jadi mereka harus diberi peluang mengetengahkan bakat yang ada dan sebagai seorang pelakon senior saya masih tidak kejam untuk over shadow lakonan mereka ini.

“Saya akan letakkan diri ini sama dengan mereka supaya dengan itu lakonan mereka akan ketihatan lebih menyerlah sebagai watak utama,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Baca: Lagu Tema Filem Lee Chong Wei, ‘Jadi Milik’ Nabila

Juga: Rosyam Nor Bakal Lakonkan Watak Misbun Sidek

Tambah pelakon filem Castello itu lagi, dengan cara itu, pasti akan ada keserasian bagi mereka untuk menghidupkan watak yang dibawa.

Tengahari tadi, Rosyam ditemui ketika pelancaran majlis sidang media trailer kedua filem biografi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang bertempat dekat Quill City Mall, Kuala Lumpur.


Rosyam turut terlibat dalam pembikinan filem tersebut dan dia sendiri telah memegang watak sebagai Datuk Misbun Sidek selaku jurulatih Chong Wei.

Filem terbebut bakal menemui penonton pada 15 Mac ini di pawagan seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Rosyam juga bakal muncul dalam filem KL Special Force yang akan ditayangkan pada 8 Mac ini dan merupakan filem arahan Syafiq Yusof serta turut dibintangi oleh Fattah Amin dan Syamsul Yusof.

KL Special Force merupakan karya gabungan antara tiga produksi hebat iaitu Skop Production, Damofa Production dan Viper Studio. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori