Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Berhati-Hati Dengan Cara Baru...

Pernahkah anda terserempak dengan gambar di atas yang di mana penunggang motorsikal mengambil...

“Keterbukaan Orang Melayu Terima...

SAYA duduk di kampung Melayu dan ayah saya ialah satu-satunya orang Cina yang memulakan...

Najib Tenang Hadir Bicara...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

MyCEB Sasar Tarik Lebih...

GENTING HIGHLANDS - Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) komited untuk bekerjasama dengan...

Rossi Berdepan Tuduhan Doping

ROME – Penyerang Itali, Giuseppe Rossi berdepan hukuman penggantungan selepas didapati positif doping bahan terlarang dorzolamide, lapor media Itali hari ini.

Rossi, yang membuat 30 kemunculan untuk Azzurri sepanjang karier yang dihantui masalah kecederaan lutut, diuji positif ketika aksi antara pasukannya ketika itu, Genoa berdepan Benevento pada 12 Mei lalu.

Dorzolamide adalah sejenis bahan yang terdapat dalam ubat titik mata. Penggunaannya dibenarkan jika atlet mendapat pengecualian atas sebab rawatan, ia tidak hanya digunakan untuk mata, malah juga berfungsi sebagai bahan untuk memudahkan proses perkumuhan air dari badan.

Menurut Gazzetta dello Sport, Rossi bagaimanapun menafikan sepenuhnya penggunakan ubat titik mata dengan bekas penyerang Manchester United dan Fiorentina itu kini tidak mempunyai ikatan kontrak dengan mana-mana kelab.

Berdasarkan garis panduan ditetapkan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) tidak menjadi kesalahan untuk menitikkan ubat mata yang mengandungi ‘dorzolamide dan brinzolamide ke bahagian mata’. – AFP

Kategori