Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

AirAsia Promosi ‘Keindahan Malaysia,...

KUALA LUMPUR - AirAsia, dengan kerjasama kerajaan Terengganu, akan menggunakan corak “Keindahan Terengganu,...

Stesen HSR Tetap Dibina...

PUTRAJAYA - Stesen keretapi laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tetap akan dibina seperti perancangan...

Bantu Warga Emas, Pemandu...

SEORANG pemandu bas di China menjadi perhatian netizen negara itu kerana kemurnian hatinya...

Messi Akhirnya Berjaya Tembusi...

DALAM tempoh 12 tahun beraksi dalam Liga Juara-Juara (CL), Messi sering gagal dalam...

Rosmah Hadir Di SPRM Buat Kali Ketiga

PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini untuk diambil keterangan buat kali ketiga.

Isteri bekas perdana menteri itu tiba di SPRM pada kira-kira 10.45 pagi.

Semalam, media melaporkan Rosmah perlu hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini bagi membantu siasatan suruhanjaya itu.

Kali pertama beliau hadir di SPRM ialah pada 5 Jun lalu bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012


Pada 26 September lalu, Rosmah sekali lagi dipanggil oleh SPRM dan memberi keterangan hampir 13 jam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.

Pada 20 September lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata agensi itu tidak menolak kemungkinan Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat. – BERNAMA

Kategori