RoS Bakal Haram UMNO, Akaun Dibeku SPRM – Zahid

BALAS DENDAM!… Tentu ramai masih lagi ingat bagaimana isu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibubarkan sementara oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) awal tahun ini.

Ketika itu, lebih 400 aduan dikemukakan ahli parti serpihan UMNO tersebut dari seluruh negara kepada RoS yang pertikai PPBM ‘selamba’ mengadakan perhimpunan agung tahunan tanpa ada mesyuarat bahagian dan cawangan.

Lebih lucu, sayap pemuda parti itu dikenali sebagai Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) sebenarnya tiada dalam perlembagaan mereka sendiri dan PPBM boleh dibatalkan pendaftaran kerana melanggar Akta Pertubuhan 1966.

Kemuncaknya, lebih 1,000 anggota parti tersebut berdemonstrasi secara aman di pekarangan ibu pejabat RoS di Putrajaya sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu bagi desak PPBM diisytiharkan sebagai organisasi haram.

Itu cerita era pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun selepas PRU itu berakhir, tiba-tiba sahaja PPBM disahkan RoS sebagai parti yang sah sekali gus membolehkan Pakatan Harapan (PH) diiktiraf menjadi blok politik berdaftar.

Maklumlah kerajaan baharu itu bebas berbuat apa-apa sahaja dan secara kebetulan RoS yang merupakan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dengan menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula merupakan Presiden PPBM.

Justeru tidak begitu mengejutkan apabila calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, pengganti beliau itu dalam waktu terdekat hampir pasti akan meminta RoS membatalkan pendaftaran UMNO.

“Tidak ada jaminan mana-mana Presiden UMNO, Timbalannya, Naib-naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi sekiranya menang pemilihan jawatan parti pada kali ini tidak akan disiasat kerana kita bukan lagi pihak kerajaan.

“Ini termasuk juga (bekas) Menteri Besar (tiada jaminan tidak akan disiasat),” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor bersama beliau di Hotel M. Suites di Johor Bahru pada Khamis.

Ahmad Zahid turut mendedahkan bahawa akaun Ibu pejabat UMNO Pusat dan Selangor sudah pun dibekukan hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kononnya mendapat dana dari sumber yang diragui.

Naib Presiden UMNO itu memberitahu, perkara tersebut baru diketahuinya sebentar tadi dan akaun UMNO Johor juga hampir pasti akan dibekukan oleh pihak SPRM dalam masa terdekat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...