Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Waspada Panggilan Palsu Menyamar...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan panggilan...

Guru Wanita Tuduh Obama...

SEORANG pesara guru di Texas, Amerika Syarikat (AS), yang mendapat perhatian media nasional...

Shima Buka Warung Teringin

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang popular dengan lagu Teringin, Shima mula berniaga nasi...

Langkah Tinggalkan BAM Bagus...

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa pemain kebangsaan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) boleh...

Ronaldo Belanja Semua Staf Di Hotel Greece

PEMURAH… Bintang bola sepak ternama, Cristiano Ronaldo meninggalkan tip AS$23,200 (RM94,268) di sebuah hotel mewah di Greece semasa bercuti dengan ahli keluarganya di sana.

Menurut laporan media, pemain Portugal itu memuat naik beberapa gambar menerusi laman sosial Instagram pada 13 Julai lalu, selepas Portugal kalah 1-2 kepada Uruguay daripada pusingan kalah mati Piala Dunia 2018 di Rusia.

Ronaldo dikatakan begitu kagum dengan layanan di resort peranginan Costa Navarino di wilayah Peloponnese, Greece sehingga beliau mendakwa tidak dapat meninggalkan tempat itu tanpa memberi ganjaran kepada mereka.

Pemain berusia 33 tahun yang pernah beraksi dengan kelab Manchester United, England dan Real Madrid, Sepanyol itu juga meminta agar tip tersebut dibahagi-bahagikan kepada semua pekerja hotel berkenaan tanpa kira status.

Dalam satu catatan menerusi akaun sosial Instagram menunjukkan Ronaldo sedang ceria makan bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez dan rakan-rakannya di sebuah restoran di resort, dengan kapsyen: “Masa indah!”

Menurut majalah perniagaan antarabangsa Forbes, Ronaldo meraih pendapatan sekitar AS$108 juta (RM438 juta) sepanjang tahun 2017 lalu termasuk tajaan komersial sebagai duta untuk pelbagai produk di luar padang.


Gaji Ronaldo daripada kelab sebelumnya Real Madrid dilaporkan sekitar AS$650,000 (RM2.6 juta) seminggu. Ini bermakna tip yang diberi kepada kakitangan hotel itu adalah kurang satu peratus daripada pendapatan bulanannya.

Selepas percutiannya di Greece, Ronaldo ke Turin, Itali pula untuk memuktamadkan pemindahannya ke Juventus dengan kontrak selama empat tahun yang bernilai sekitar AS$116 juta (RM471juta). – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori