Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kutuk Serangan Ke...

PUTRAJAYA : Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh pemberontak Houthi ke atas Jazan, Arab...

Azlan Arah JPN Buat...

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengarahkan Jabatan Pendidikan (JPN)...

Kevin Morais: Polis Yakin...

KUALA LUMPUR - Polis yakin kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan...

28 Restoran Pelita Seluruh...

PEMILIK restoran nasi kandar Pelita, antara restoran nasi kandar paling popular di Malaysia,...

RON97, RON95 Naik 4 Sen, Diesel Kekal

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik empat sen kepada RM2.27 dan RM1.97 seliter, manakala diesel kekal RM2.18 seliter, mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit produk petroleum yang ditetapkan itu bagi tempoh 9 Februari sehingga 15 Februari ini.

“Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia meningkat berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$60 setong kepada AS$62 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$72 setong kepada AS$73 setong bagi diesel.

“Peningkatan harga pasaran global ini menyebabkan kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel,” katanya.

Harga RON97 dan RON95 bagi minggu lalu turun lima sen kepada RM2.23 dan RM1.93, manakala diesel kekal RM2.18.


Menurut kenyataan itu, harga runcit petrol RON95 masih lagi di bawah paras penstabilan harga yang dijanjikan oleh kerajaan iaitu RM2.20 seliter.

“Bagi produk diesel, peningkatan harga pasaran ini sepatutnya menyebabkan harga runcit diesel di bawah formula APM dinaikkan sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.18 seliter kepada RM2.19 seliter.

“Walau bagaimanapun selaras dengan janji Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan untuk menstabilkan harga runcit diesel pada paras RM2.18 seliter sekiranya harganya melebihi paras itu, harga runcit diesel bagi tempoh 9 Februari sehingga 15 Februari dikekalkan tanpa berubah pada paras RM2.18 seliter,” katanya. – BH Online

Kategori