RON95 Turun 19 Sen, RON97 Turun 21 Sen, Diesel Turun 17 Sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 turun 19 sen kepada RM1.89 seliter manakala RON97 turun 21 sen kepada RM2.19 seliter dan diesel turun 17 sen kepada RM1.96 seliter, mulai tengah malam ini.

Harga runcit produk petroleum berkenaan adalah bagi tempoh 7 hingga 13 Mac ini.

Perkara itu diumumkan Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara minggu menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). – BH Online