RON95 RON97 Naik Lagi 1 Sen, Diesel Kekal

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan mengumumkan harga petrol RON95 dan RON97 dinaikkan 1 sen seliter bermula tengah malam ini.

Harga RON95 meningkat daripada RM1.97 kepada RM1.98 seliter, manakala RON97 naik daripada RM2.27 kepada RM2.28 seliter.

Bagaimanapun, harga diesel kekal pada RM2.18 seliter.

β€œHarga purata produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya, iaitu daripada AS$62 setong kepada AS$63 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$73 setong kepada AS$74 setong bagi diesel,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Harga baru itu berkuatkuasa mulai esok sehingga 22 Februari ini.

Loading...