RON95 Naik 5 Sen Tengah Malam Ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan paras siling RON95 dan diesel, masing-masing RM2.05 dan RM2.15 seliter, walaupun harga Automatic Pricing Mechanism (APM) meningkat lebih 10 sen, berbanding kadar ditetapkan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, berkata paras harga siling RON95 dan diesel itu dikekalkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Harga runcit RON97 naik lima sen seliter iaitu daripada RM2.30 kepada RM2.35 seliter, manakala RON95 naik daripada RM2.00 kepada RM2.05 seliter.

“Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 27 Februari hingga 3 Mac depan, berkuat kuasa tengah malam ini,” katanya. – BH Online