Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kedah Tahan Pati...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 14 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga...

1,600 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,600 kes baharu positif Covid-19 direkodkan dengan dua kematian,...

Tiada Akses Internet Buat...

MELAYARI laman web, membuka media sosial, menonton Youtube atau lain-lain aktiviti 'hiburan' melibatkan...

Beri Keutamaan Kepada Barisan...

KUALA LUMPUR - Anggota Barisan Nasional (BN) khususnya daripada gerakan belia, harus mengetepikan...

Rombakan Kabinet Sengaja Ditimbulkan, Kata Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan desas-desus rombakan Kabinet yang dikatakan bakal berlaku selepas sambutan Tahun Baharu Cina sebagai perkara sengaja dihangatkan pihak tertentu bagi menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Harapan (PH).

Presiden PKR itu berkata perkara tersebut juga telah dinafikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri semalam.

“Tun Mahathir pun dah jelaskan tidak perlu layan khabar angin ini, saya pun ada berjumpa dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas pembedahan.

“Keadaan semua baik, perkara ini tidak berbangkit pun oleh sesiapa. Ia sengaja dihangatkan untuk menimbulkan ketegangan,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada pembukaan Seminar Antarabangsa Pemikiran Islam Semasa dan Reformasi Masyarakat di ibunegara malam tadi.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan sebuah blog dua hari lepas, mendakwa Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu selepas Tahun Baharu Cina.


Menerusi catatan blog itu juga, desas-desus pelantikan Mohamed Azmin itu dikuatkan lagi apabila Dr. Mahathir memberikan pelbagai tugasan penting kepada Mohamed Azmin termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara. – BERNAMA

Kategori