Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemimpin Dunia Kutuk Serangan...

WASHINGTON: Pemimpin dunia mengutuk serangan tentera Russia ke atas Ukraine hari ini, dengan...

UK Biayai Projek Hasilkan...

LONDON - Kerajaan British berikrar untuk memperuntukkan sejumlah dana bagi menghasilkan vaksin baharu novel...

Jep, Sari Yanti Sah...

TEKA-TEKI khabar angin menyatakan pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti bakal mendirikan...

PRU-15: Khaled Nordin Menang...

Kota Tinggi : Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjaya memenangi...

Rombak Kabinet: Maszlee Wajar Digugurkan

DEBARAN… Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik ketika ini dikatakan jelas amat gusar dengan kemungkinan namanya digugurkan jika berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, kebelakangan ini terdapat banyak kenyataan ‘amatur’ yang dikeluarkan oleh Maszlee sehingga menjadi bahan jenaka dalam kalangan rakyat sendiri.

“Sehari dua ini, dia (Maszlee) buat kenyataan agak amatur. Pertama dia kata tidak mungkin gugur daripada Kabinet, kerana konon baru jumpa Tun M (Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) didakwa tidak cakap apa-apa pun.

“Maszlee kena belajar dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tun M pernah kuat pertahankan Anwar apabila dituduh meliwat pada 1998. Tun M malah boleh pula kata, Anwar tetap penggantinya sebagai perdana menteri berikutnya.

“Anwar pula ketika itu berkata, selagi bumi dan langit tidak bertangkup, dia tetap setia kepada Mahathir. Beberapa hari kemudian, Anwar tetap dipecat daripada jawatan kabinet dan parti dalam keadaan cukup aib,” kata Puad lagi.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan di ibu negara. Selain itu Puad turut membangkitkan mengenai kenyataan aneh oleh Maszlee sendiri yang kononnya mahu merombak kurikulum supaya minda rakyat berubah.

“Siapa kata rakyat Malaysia pemalas? Malu kerana tidak bertanggungjawab? Ini kena pada muka sendiri. Kenapa Pakatan Harapan berbohong dan tidak menunaikan janji manis manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.


“Mana janji hapuskan hutang pinjaman PTPTN? Tidak payah ke Jepunlah. Apabila kerajaan sendiri tidak ada rasa malu kerana berani bohong, maka bagaimana mahu didik rakyat untuk berubah pula? Mengarut!” sindir Puad.

Selain itu, katanya, Maszlee turut mengingkari nasihat Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin yang gesa pemimpin PH berhenti daripada terus menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdahulu.

Ini susulan pengumuman Maszlee yang mahu terus dedah pelbagai kepincangan Kementerian Pendidikan semasa era pentadbiran BN walhal ada menterinya disandang Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

“Apabila rombakan Kabinet jadi perbualan hangat, ia bukti ada menteri sekarang cuma ‘half past six’. Kebanyakan ‘terkejut jawatan’. Maszlee dan (Lim) Guan Eng berpisah tiada. Wajarlah digugurkan,” kata Puad dalam nada sinis.

Semalam, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut ulas isu ini dan anggap jika berlaku rombakan Kabinet, ia petanda jelas bahawa menteri terbabit gagal jalan tugas diamanahkan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori