Rogol Pembantu Rumah, ADUN DAP Perak Ditahan Polis

IPOH – Seorang Exco Kerajaan Perak yang disyaki terbabit dengan kes serangan seksual membabitkan pembantu rumahnya telah ditahan polis malam tadi.

ADUN dari parti DAP berusia 48 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut susulan laporan polis yang diterima daripada mangsa yang merupakan warga Indonesia.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pemimpin parti itu ditahan untuk bantu siasatan.

“Untuk siasatan polis yang adil, kita telah tangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan kita,” katanya di sini hari ini.

Semalam, seorang wanita berusia lingkungan 20-an membuat laporan polis mendakwa dia dirogol majikannya.

Difahamkan, mangsa membuat laporan polis sehari selepas dirogol di sebuah rumah di Meru, Jelapang di sini. – Sinar Harian

Loading...