Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

21 Maut Hospital Terbakar...

BEIJING : Siasatan sedang dijalankan selepas kebakaran melanda sebuah hospital di ibu negara...

904 Pengembara Ke Malaysia...

SERAMAI 106,793 pengembara tiba di Malaysia sehingga semalam, dengan 904 daripadanya disahkan positif...

Ingkar Arahan Polis Pengiring...

PUTRAJAYA - Pihak yang ingkar kepada arahan polis pengiring bagi orang kenamaan utama...

Program Tabika Transit Kemas...

BERA - Projek Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Transit kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas)...

Rogol 2 Kanak-Kanak: Penganggur Dihukum Penjara 15 Tahun, 8 Sebatan

KOTA BHARU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan terhadap seorang penggangur atas empat pertuduhan merogol dua kanak-kanak berusia 12 dan 13 tahun yang dikenali melalui aplikasi WeChat, Mei lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Amirudin Mohamad Rosli, 26, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 25 Mei 2018.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut didakwa merogol secara bergilir-gilir dua remaja perempuan yang masing-masing berusia 13 tahun dua bulan dan 12 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kampung Nipah, Bachok kira-kira pukul 1.30 pagi pada 24 Mei 2018.

Dia mengulangi perbuatan sama terhadap kedua-dua mangsa kira-kira pukul 1.30 pagi, 25 Mei 2018 di Kampung Chong, Perupok, Bachok.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Tertuduh memohon kepada mahkamah agar menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya kerana perlu menanggung keluarga.

Bagaimanapun, Siti Hajar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana kesalahan serius yang dilakukan itu melibatkan dua mangsa yang masih muda.

Ahmad Bazli kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dengan dua sebatan bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya. Mahkamah mengarahkan hukuman penjara tersebut berjalan serentak.

Mengikut fakta kes, pada 24 Mei lalu, tertuduh membawa kedua-dua mangsa yang dikenali melalui aplikasi WeChat bersiar-siar sebelum pulang ke rumahnya dan merogol mereka secara bergilir-gilir di dalam bilik.

Dalam kejadian kedua keesokan harinya pula, tertuduh membawa dua remaja itu ke rumah rakannya sebelum merogol mereka secara bergilir-gilir di dalam sebuah bilik. – UTUSAN ONLINE

Kategori