Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peserta Bersih 4.0 Biadap...

MELAMPAU! Peserta Bersih 4.0 didakwa mula bertindak biadap apabila melakukan aksi memijak gambar...

Plug 3 Pin Tertusuk...

INI memang malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah melalui...

Junjung Kasih Peranan Raja-Raja...

IPOH - Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyeru seluruh rakyat agar menjunjung...

Malaysia Layak Ke Pusingan...

JOHOR BAHRU - Malaysia mengesahkan slot ke saingan kumpulan pusingan kelayakan ketiga Piala...

Robert Mugabe Meninggal Pada Usia 95 Tahun

HARARE – Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meninggal dunia pada usia 95 tahun pagi tadi selepas bertarung dengan penyakit sejak beberapa bulan lalu.

Berita kematian pemimpin pertama pasca kemerdekaan Harare itu diumumkan penggantinya, Emmerson Mnangagwa menerusi Twitter.

Mnangagwa yang menzahirkan rasa sedih dengan berita itu turut menggelar pendahulunya sebagai ‘Bapa Pengasas Zimbabwe’ dan ‘Ikon Pembebasan’.

Mugabe dirawat di sebuah hospital di Singapura sejak April lalu selepas digulingkan dalam rampasan kuasa oleh tentera pada November 2017 yang menamatkan pemerintahannya selama tiga dekad.

Pada 1980, beliau pernah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas memenangi Pilihan Raya Umum pertama Zimbabwe.

Kira-kira tujuh tahun kemudian, Mugabe memansuhkan pejabat itu dan menjadi Presiden.


Pemerintahan awal Mugabe menerima pujian banyak pihak kerana beliau memperluaskan akses kepada kesihatan dan pendidikan untuk penduduk majoriti kulit hitam.

Namun, program pembaharuan tanah kontroversi telah menyebabkan kejatuhan ekonomi dan menjelang tahun akhir pemerintahannya, beliau dihimpit dengan skandal rasuah dan didakwa melanggar hak asasi.

Mugabe yang dilahirkan pada 21 Februari 1924 pernah dipenjarakan selama lebih sedekad tanpa perbicaraan selepas beliau dengan lantang mengkritik kerajaan Rhodesia pada 1964.

Pada 1973, beliau dipilih sebagai Presiden Kesatuan Nasional Afrika Zimbabwe (Zanu) ketika masih berada di dalam penjara. – Agensi

Kategori