Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dewan Baharu PKRC 2.0...

KUALA LUMPUR - Dewan baharu di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah...

Isu Lynas: Apa Pendirian...

KANGAR - Isu operasi kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) adalah...

PRK Rompin: 38 Pusat...

ROMPIN - Sebanyak 38 pusat mengundi dengan 115 saluran untuk Pilihan Raya Kecil...

Lagi Desakan Menteri Dikenakan...

PONTIAN - Semakin banyak pihak tampil membuat gesaan agar Menteri di Jabatan Perdana...

RM95 Juta Pembiayaan Khas Perkasa Usahawan Wanita

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas disediakan kerajaan bagi memperkasa usahawan wanita di negara ini, umum Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Berucap pada pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini, beliau berkata, pembiayaan itu disediakan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan AgroBank.

Tengku Zafrul berkata selain itu sebanyak RM50 juta juga disediakan di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita.

“Program bimbingan terutama aspek pembungkusan dan pelabelan, strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan juga akan diberikan kepada lebih 2,000 usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizMe),” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan menyediakan program khusus untuk kontraktor wanita Bumiputera bagi meningkatkan pembabitan mereka dalam kontrak kerajaan. – BERNAMA

Kategori