Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Masjid Negara Adakan Majlis...

KUALA LUMPUR - Seramai 57 kanak-kanak berusia antara tiga dan 12 tahun menyertai...

China Pengeksport Senjata Ketiga...

STOCKHOLM, Sweden – China mengatasi Jerman dan Perancis sebagai negara pengeksport senjata ketiga...

Bina Bangunan Baru Bilik...

KOTA BELUD - Kementerian Pendidikan akan membina bangunan baharu bilik darjah mengikut keperluan...

Ketetapan PRU15 Tahun Ini...

PETALING JAYA : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pembubaran Parlimen dalam masa...

RM4j Parti Hari Lahir Mugabe 93 Tahun Ada Kek 93kg

HARARE – Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe merayakan ulang tahun kelahirannya yang ke-93 pada Sabtu dengan sambutan pesta mewah dihadiri ribuan penyokongnya, lapor media tempatan.

Acara tahunan dianjurkan parti pemerintah ZANU-PF itu dianggarkan bernilai AS$1 juta (kira-kira RM4 juta) dengan tumpuan utama ialah sebuah kek seberat 93 kilogram sebagai menggambarkan usia tua diktator tersebut.

Pemimpin terlama di dunia itu sepatutnya meraikan hari lahirnya pada Selasa minggu lalu, namun acara diadakan lewat empat hari kemudian bagi membolehkan persiapan rapi disusun termasuk kawalan keselamatan amat ketat.

Selama seminggu juga, semua media cetak milik pemerintah dipenuhi dengan pelbagai artikel berbentuk pujian khas bagi Mugabe di sebalik kemelesetan ekonomi, kekacauan politik dan skandal rasuah melanda negara Afrika itu

Pesta yang dilangsungkan itu turut memaparkan kain rentang saiz raksasa dihiasi foto-foto Mugabe pada masa mudanya, di samping acara jamuan makan besar, persembahan nyanyian dan perlepasan 92 biji belon ke udara.

Baca: Parti Hari Jadi Ke-90 Tun M Memang Hebat Meriah

Juga: Kata Pro-Tun Mahathir, Tapi Umur Pun Salah Sebut

Acara diadakan di sebuah sekolah di Matobo, wilayah Masvingo; tidak jauh dari Bulawayo; bandar raya kedua terbesar Zimbabwe selepas ibu negara Harare. Sekolah itu malah ditutup pada Khamis dan Jumaat untuk persiapan.


Lokasi pesta itu namun memicu kontroversi dalam kalangan rakyat khasnya penyokong pembangkang sendiri kerana terletak dekat lokasi kubur besar para pemberontak yang dibunuh pasukan rejim Mugabe pada 1980-an.

Dianggarkan 20,000 orang terkorban dalam operasi besar-besaran dilakukan tentera Zimbabwe yang dilatih khas pihak Korea Utara. Sejak itu, Mugabe dikritik kerana sering melanggar hak asasi manusia terhadap penentangnya.

Dilahirkan pada 21 Februari 1924, Mugabe pernah berkhidmat sebagai guru di negara yang dahulunya bernama Rhodesia dan Ghana sebelum pulang kampung untuk menyertai pasukan gerila memerangi penjajah kulit putih.

Setelah Zimbabwe mencapai kemerdekaan pada 1980, Mugabe dipilih menjadi perdana menteri yang pertama sebelum kemudian beliau menduduki kerusi presiden pada 1987 sehingga kini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori