Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

14 Lokaliti Di 3...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu...

Menyusun Langkah Bertemu Malam...

BULAN Ramadan akan melabuhkan tirainya kembali menjanjikan seribu satu keistimewaan dan keberkatan yang...

KWSP: Pendahuluan Kurangkan Beban...

SHAH ALAM - Tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan pencarum menggunakan...

Yinson Bekerjasama Dengan Sumitomo...

KUALA LUMPUR – Yinson Holdings Bhd dan Sumitomo Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)...

RM400,000 Selenggara Rumah Penyayang Tun Abdul Razak

KUALA LUMPUR – Pemegang Amanah Rumah Penyayang Tun Abdul Razak, Abdul Munir Osman yang merupakan saksi ke-11 mengakui menerima cek bernilai RM400,000 daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga merupakan penaung kepada Rumah Penyayang Tun Abdul Razak dikatakan telah memberikan wang tersebut pada 12 Februari 2015 bagi tujuan penyelengaraan instuitusi tersebut dari masa ke semasa.

Ketika disoal balas, Abdul Munir juga mendedahkan wang itu yang tidak dapat dipastikan sumbernya sama ada dari Pejabat Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Jelas Abdul Munir, RM400,000 itu juga telah digunakan olehnya untuk membayar gaji kakitangan yang berkhidmat untuk Rumah Penyayang tersebut.

Abdul Munir dipanggil sebagai saksi selepas selepas adanya keterangan transaksi dari akaun Ambank yang dikaitkan dengan kes Najib, kepada akaun bank Rumah Penyayang Tun Abdul Razak di Pekan.

Beberapa cek di bawah akaun AmBank dan AmBank Islamic milik Ahli Parlimen Pekan itu telah dikeluarkan kepada beberapa penerima antara Disember 2014 dan Februari 2015.


Saksi ke-5 pendakwaan sebelum ini, Badrul Hisham Mohamad mengesahkan di Mahkamah Tinggi minggu lepas kesemua cek berkenaan apabila di soal balas serta permohonan pengesahan oleh Timbalan Pendakwaraya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali tempoh hari.

Antara penerima berkenaan ialah Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan (UPKO), Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, UMNO Bahagian Johor Bahru, serta beberapa syarikat seperti Solar Shine Sdn. Bhd., Vital Spire Sdn. Bhd., dan juga Pemegang Amanah Rumah Penyayang Tun Abdul Razak. – MalaysiaGazette

Kategori