Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pakatan Harapan Akui Tolak...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mengakui rancangan pembangkang untuk menolak Bajet 2016 bukan...

Amar Hadiahkan Amyra Kereta,...

ALAHAI... Bertuahnya badan! Nampak sangat pelakon, Amar Baharin atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin begitu sayang terhadap...

Prosiding Memperingati Almarhum Sultan...

PUTRAJAYA - Prosiding memperingati Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah diadakan di Mahkamah...

Atlit Paralimpik Didakwa Terlibat...

ATLIT Paralimpik Singapura, Adam Kamis mengaku salah terlibat dalam sindiket pelacuran melibatkan wanita...

RM12 Juta Sedia Makanan Pelajar Universiti Awam, Swasta

PUTRAJAYA – Kerajaan memberikan jaminan untuk menjaga kebajikan 74,530 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang kini berada di kolej masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan kewangan sebanyak RM12 juta akan disalurkan kepada pengurusan IPT terbabit institusi untuk menyediakan makanan.

“Saya maklumkan bantuan makanan kepada pelajar universiti yang tinggal di universiti dan tidak dapat pulang, kerajaan akan tanggung kos menyediakan makanan untuk mereka.

“Ini termasuk semua IPT awam dan swasta, kolej komuniti, institut pendidikan guru dan kolej matrikulasi,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat khas yang diadakan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan menyerahkan kepada pihak pengurusan institusi pengajian tinggi masing-masing untuk mengedarkan makanan tersebut.

“Kita serah kepada universiti sama ada mereka menyediakan kupon atau masak di kafe dan diedarkan kepada pelajar,” katanya. – Sinar Harian

Kategori