RM1.8juta: Hantu Kak Limah Catat Rekod Berganda

KUALA LUMPUR – Naskhah francais terkini arahan Mamat Khalid, filem Hantu Kak Limah berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi filem…

KUALA LUMPUR – Naskhah francais terkini arahan Mamat Khalid, filem Hantu Kak Limah berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi filem tempatan pertama yang meraih kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan.

Filem lakonan aktres Delimawati sebagai Kak Limah itu berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM1.8 juta pada hari pembukaan semalam.

Malah Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan memberitahu, filem tersebut turut memperoleh kutipan berjumlah RM650,000 pada hari tayangan awal atau sneak preview kelmarin.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold itu ditayangkan di 133 pawagam seluruh Malaysia membariskan pelakon seperti Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Sharwani dan TJ Isa.

Selain itu, filem tersebut turut menampilkan bintang undangan seperti Mus May, Jue Aziz, Erra Fazira dan Datuk Seri Vida. – UTUSAN ONLINE 

Loading...