RM1.4 Bilion Dana 1MDB Telah Dikembalikan – PMO

KUALA LUMPUR – Kerajaan berusaha untuk mendapatkan kembali dana 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bernilai RM6.9 bilion yang sudah dikenal pasti.

Pejabat Perdana Menteri berkata, tindakan itu susulan taklimat khas oleh pasukan yang menjejak dana 1MDB di luar negara kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Pasukan itu terdiri daripada wakil Jabatan Peguam Negara, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan.

“Dalam taklimat itu, Muhyiddin dimaklumkan bahawa sejumlah RM1.4 bilion dana berjaya dikembalikan, hasil usaha pasukan petugas berkenaan, manakala sebanyak RM6.9 bilion lagi sudah dikenal pasti.

“Pasukan petugas turut memberikan perincian tindakan yang sudah dilaksanakan untuk membawa pulang dana 1MDB, disyaki disalahgunakan di 17 negara.

“Muhyiddin mengarahkan supaya usaha untuk menjejak dan mengembalikan dana 1MDB daripada pelbagai negara terus dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – BH Online

Loading...