Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bayi Lemas Dalam Baldi:...

SHAH ALAM - Ibu kepada Abdul Rayyan Mijan, sembilan bulan yang lemas di...

PRN Johor: PAS Belum...

KOTA BHARU : PAS belum memuktamadkan kaedah dan bilangan kerusi yang akan ditandingi...

Cristiano Ronaldo Pulih Dari...

MILAN - Khabar baik buat pasukan Real Madrid apabila bintang sensasi pasukan itu...

Persiapan Jentera Bantuan Banjir...

BANDAR BAHRU - Persiapan jentera bantuan banjir peringkat kebangsaan, negeri dan daerah kini...

Rizab Asing BNM Terus Susut Lagi

MEROSOT… Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyusut kepada AS$103.9 bilion (RM428.7 bilion) pada 14 September berbanding AS$104.4 bilion (RM 430.9 bilion) pada 30 Ogos.

Dalam satu kenyataan di ibu negara hari ini, bank pusat tempatan berkenaan berkata, paras rizab yang lebih rendah ini mencerminkan sebahagian besarnya aliran keluar dana portfolio, seperti yang berlaku di rantau ini.

“Kedudukan rizab ini hanya memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek,” kata BNM.

BNM menambah, sebahagian besar hutang luar negeri jangka pendek adalah hutang institusi perbankan (69.3 peratus daripada hutang luar negeri jangka pendek) yang mencerminkan pemusatan pengurusan mudah tunai oleh institusi perbankan Malaysia yang beroperasi di rantau ini dan kehadiran banyak bank asing di Malaysia.

“Institusi ini memegang aset luaran yang besar (RM293 bilion), yang boleh digunakan untuk memenuhi obligasi hutang mereka, tanpa memerlukan tuntutan ke atas rizab antarabangsa BNM,” kata BNM.


Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing sebanyak US$97.8 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (US$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.6 bilion), dan aset rizab lain (US$2.5 billion).

Menurut BNM, aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM420.38 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM4.34 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM568.56 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.1 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), dan aset lain (RM7.8 bilion).

Kategori