Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Piala Malaysia: PAFA Rakam...

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) merakamkan penghargaan kepada pihak polis kerana...

Awas! Jubah Muslimah Hakikatnya...

BELUM pun reda mengenai isu Jubah Pahlawan atau Jubah Sado yang viral di...

Mohd Na’im Ketua Hakim...

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya Ketua Hakim Syarie diberi kepercayaan menjadi menteri Kabinet,...

Lagi Bot Nelayan Indonesia...

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah lagi bot nelayan...

Rizab Antarabangsa BNM Susut Kepada AS$103.4 Bilion

KUALA LUMPUR – Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$103.4 bilion (US$1 = RM4.17) pada 28 Februari, 2020.

“Bank pusat berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk pembiayaan 7.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek,” kata BNM dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Rizab antarabangsa berjumlah US$104.3 bilion sehingga 14 Februari, 2020.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa pada 28 Februari, 2020, meliputi rizab mata wang asing US$96.7 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (US$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.9 bilion) dan aset rizab lain (US$2.5 bilion).

BNM berkata aset juga meliputi emas dan tukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR, berjumlah RM423.30 bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM1.74 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM829.05 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM6.94 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM11.97 bilion).

Modal dan liabiliti meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM143.33 bilion), mata wang dalam edaran (RM114.48 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM138.57 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM16.29 bilion), deposit lain (RM2.01 bilion), Kertas Bank Negara (RM23.78 bilion), peruntukan SDR (RM7.62 bilion) dan liabiliti lain (RM2.75 bilion).

Kategori