Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Sukan Komanwel: CDM Puas...

KUALA LUMPUR – Chef-de-mission (CDM) Malaysia ke Sukan Komanwel Gold Coast 2018, Huang...

Harga Seekor Ayam RM30...

KOTA BHARU - Segelintir peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah di sini mengambil...

JPAM N.Sembilan Lancar Ops...

SEREMBAN - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Negeri Sembilan melancarkan 'Ops Bantu'...

Laporan Akhbar Tidak Adil...

LAPORAN tidak adil media menjadi pencetus "api perkauman" apabila memaparkan pemain bola sepak...

Rizab Asing BNM Susut US$1.1 Bilion Pada 31 Oktober

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$101.7 bilion pada 31 Okt, 2018 berbanding US$102.8 bilion pada 15 Okt, 2018.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak US$96 bilion, Kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan lain-lain aset rizab (US$2.2 bilion).

Menurut BNM, aset-aset itu merangkumi emas serta pertukaran asing dan lain-lain rizab seperti SDR yang mencecah RM421.5 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.99 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion) dan lain-lain aset (RM6.95 bilion).

Liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM132.97 bilion), mata wang dalam edaran (RM103.14 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM157.07 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM9.49 bilion), lain-lain deposit (RM952.93 juta), kertas BNM (RM28.56 bilion), peruntukan SDR (RM7.77 bilion),dan lain-lain liabiliti (RM2.96 bilion). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BNM

Kategori