Riyadh Perlu Bertanggungjawab – Hatice Cengiz

LONDON – Tunang kolumnis akhbar Washington Post, Jamal Khashoggi mendesak Arab Saudi mendedahkan maklumat mengenai insiden pembunuhan wartawan itu, supaya mereka yang bertanggungjawab boleh dihadapkan ke mahkamah.

Hatice Cengiz ketika ditemui Reuters di Turki berkata, pihak berkuasa Arab Saudi bertanggungjawab terhadap pembunuhan Jamal.

“Kejadian ini berlaku di dalam kawasan misi diplomatik Arab Saudi. Jadi, dalam keadaan ini, pihak berkuasa Arab Saudi bertanggungjawab dalam hal ini.

“Insiden ini, pembunuhan ini berlaku dalam bangunan konsulat Arab Saudi.

“Oleh itu, sudah pasti pihak berkuasa Arab Saudi bagaimana pembunuhan itu berlaku.

“Mereka perlu menjelaskan bagaimana ia berlaku,” katanya menerusi penterjemah.

Kejadian pembunuhan Jamal, warga Arab Saudi yang juga pengkritik pemimpin de facto, Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman, menggemparkan dunia, sekali gus menyebabkan Riyadh berdepan dengan krisis.

Jamal, 59, memasuki bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu bagi mendapatkan beberapa dokumen bagi berkahwin dengan Hatice, warga Turki.

Namun, beliau tidak keluar dari bangunan itu, mengakibatkan Hatice yang sedang menunggu di luar membuat laporan kepada pihak berkuasa. – Reuters/BH ONLINE

Loading...