Rishi Kapoor Meninggal Dunia

NEW DELHI – Legenda Bollywood, Rishi Kapoor meninggal dunia akibat kanser, di sebuah hospital di Mumbai, pagi semalam.

Pelakon filem Bobby, yang berusia 67 tahun sebelum itu dibawa ke hospital berkenaan oleh ahli keluarganya selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

Khaleej Times melaporkan Rishi sebelum ini kembali ke India, tahun ini, selepas menjalani rawatan kanser di Amerika Syarikat, selama setahun.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Pada Februari lalu, beliau turut dimasukkan ke hospital akibat demam viral, tetapi didiscaj tidak lama kemudian.

Pelakon itu dilihat sudah tidak aktif di Twitter sejak 2 April lalu.

Beliau sebelum ini mengumumkan akan kembali ke lokasi penggambaran filem terbaharu adaptasi dari filem Hollywood, ‘The Intern’, bersama Deepika Padukone.

Dalam pada itu, rakan baiknya, Amitabh Bachchan menerusi Twitter berkata, “Dia sudah tiada, Rishi Kapoor sudah meninggal dunia, saya amat dukacita.” – Agensi

Loading...