Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bapa Michael Jackson Meninggal...

AJAL... Bapa mendiang Michael Jackson, Joe Jackson yang juga pengasas kumpulan Jackson 5...

Era Plat 2 Huruf...

TAMAT... Zaman nombor pendaftaran kenderaan di Perlis dengan hanya dua huruf yang mula...

PN Jangka Umum Pembahagian...

KUALA LUMPUR: Pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan...

UMNO Akan ‘Makan Kawan’...

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran Umno akan...

Risau Kesihatan Bayi, Elyana Terpaksa Gugur Kandungan

LULUH hati apabila mendapat tahu bahawa penyanyi Elyana terpaksa menggugurkan kandungannya yang kini sudah berusia dua bulan atas sebab faktor kesihatannya.

Elyana yang disahkan hidap kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu memberitahu bahawa disebabkan penyakitnya, dia terpaksa ambil keputusan paling berat dalam hidup walaupun dia sememangnya ingin ramai anak.

“Sebenarnya 10 hari lalu saya terpaksa menggugurkan kandungan yang sudah berusia dua bulan. Keputusan tersebut terpaksa dilakukan atas sebab keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan.

“Tambahan pula sekarang saya perlu makan ubat yang banyak,” kata Elyana dipetik daripada mStar Online.

Ibu mana yang tidak sedih apabila zuriat yang dikandungnya terpaksa digugurkan kerana bimbang kesihatan bayi itu jika lahir kelak serta dia juga kini sedang mengambil ubat dalam kuantiti banyak bagi lawan penyakitnya itu.

Bagaimanapun, ini merupakan kali kedua penyanyi Diriku Tapak Sulaiman itu gugur dan kali pertama dia keguguran ialah pada tahun 2016 yang lalu disebabkan hamil luar rahim.

“Saya memang nak sangat anak sebab suka ada anak yang ramai. Sebelum ini pun saya pernah cuba dapatkan anak angkat tapi rezeki tak ada.


“Tiba-tiba dapat tahu hamil tapi terpaksa gugurkan. Saya sangat sedih sebab memang nak sangat anak. Sebelum ini pernah gugur tapi disebabkan hamil luar rahim.

“Kalau kanser saya ini masih peringkat awal mungkin saya boleh kuat tapi peringkat sekarang takut nanti bayi lahir tidak cukup sihat,” ujarnya.

Namun sebelum dia menggugurkan kandungannya, ibu kepada seorang cahaya mata itu telah mendapatkan nasihat daripada beberapa ustaz bagi mendapatkan pandangaan golongan yang lebih arif.

“Saya ada tanya pendapat ustaz juga mengenai perkara ini dan dia beritahu jika dah memudaratkan kesihatan, memang perlu lakukan proses gugurkan,” tambahnya lagi.

Berita tentang penyakit yang menjadi rahsianya selama tujuh tahun itu diketahui umum selepas peserta Gegar Vaganza musim keempat itu mengumumkan secara langsung ketika dia disingkirkan daripada program berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori