Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

472,853 Murid Duduki UPSR...

KUALA LUMPUR - Seramai 472,853 murid menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama...

19 Dilantik Anggotai Jawatankuasa...

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri hari ini, mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas...

Kiosk Khas Makanan Sarang...

SERDANG - Penggemar makanan berasaskan sarang burung walet berpeluang menikmati sajian premium berkenaan...

PROTON Catat Rekod Jualan...

SUBANG JAYA - PROTON Holdings Bhd (PROTON) meneruskan momentum jualan bulanan tertinggi buat...

Risau Dinding Flat Loke Yew Dan Hang Tuah Roboh

KUALA LUMPUR – Setiap kali hujan, penduduk di 1,200 unit perumahan awam (PA) Loke Yew dan Hang Tuah di sini, dihimpit kebimbangan berikutan keadaan dinding kayu rumah mereka yang uzur dan kian reput dimamah anai-anai.

Lebih menggusarkan apabila berlaku ribut dan angin kencang, rumah mereka ‘banjir’ akibat tempias air hujan menerobos masuk menerusi celahan dinding rumah yang berusia hampir 70 tahun itu.

Seorang penduduk di perumahan berkenaan, Mohd Ismail Abdullah, 57, menyuarakan kerisauan dengan keadaan serta keselamatan penduduk berikutan dinding reput itu bagaikan ‘jerangkap samar’.

“Ia boleh tercabut dan menghempap orang ramai yang lalu lalang di kawasan ini.

“PA Loke Yew dibina pada 1968, manakala PA Hang Tuah sendiri pada 1969, jadi memang kebanyakan dinding rumah penduduk sudah uzur. Ada kayu dinding yang sudah longgar dan menunggu masa sahaja untuk tercabut,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Azmi Zakaria, 57, berkata, demi keselamatan ada segelintir penduduk mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menggantikan dinding kayu yang sudah reput itu dengan bahan lebih kukuh seperti batu-bata.

“Saya minta pihak yang berkenaan supaya menggantikan segera dinding kayu ini kerana khuatir sekiranya tidak berhati-hati ia boleh membahayakan nyawa penghuni seperti kanak-kanak,” katanya yang menetap di situ sejak 1995.


Untuk rekod, dinding kayu tiga rumah pangsapuri awam Loke Yew di tingkat 10, 13 dan 18 pernah tercabut akibat angin kencang pada Oktober 2014, namun tiada kemalangan jiwa berlaku kerana tiada penghuni ketika kejadian.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata pihaknya sudah menugaskan pegawai pelawat Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) untuk menyelenggara blok berkenaan bagi memastikan sebarang kerosakan diambil tindakan segera.

“Jika ada dinding kayu yang sudah reput dan perlu diganti, minta laporkan kepada kami dan kontraktor DBKL akan segera membaik pulih,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan kementerian itu akan melaksanakan Program Pembaharuan Bandar di semua rumah pangsa yang mencecah usia 40 tahun, termasuk rumah pangsa persendirian dibangunkan pemaju swasta.

Beliau berkata unit kediaman rumah pangsa yang tidak sesuai diduduki, bersaiz kecil dan struktur lama akan dibina semula dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan sesuai. – BERNAMA

Kategori