Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Demi Pelangi, Krew Redah...

DALAM sesebuah karya, pemilihan lokasi penggambaran sememangnya memberikan peranan yang penting untuk membangkitkan...

China Negara Pertama Lantik...

KABUL : China menjadi negara pertama yang menamakan duta ke Afghanistan sejak Taliban...

2 Pesawat Kecil Bertembung...

BERLIN - Dua pesawat kecil berlanggar di timur laut Switzerland dan kemudian terhempas...

Guru Rugi RM22,160 Ditipu...

TELUK INTAN: Tindakan seorang guru menyerahkan nama pengguna dan kata laluan perbankan miliknya...

Risau Dengan Hutang, Vida Kini Semakin Kurus?

AKIBAT risau kerana perlu membayar banyak hutang syarikat, ia telah membuatkan berat badan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida semakin susut hari demi hari.

Bagaimanapun, usahawan berusia 46 tahun itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan kononnya dia sedang ‘makan hati’ sehingga hilang selera makan.

“Saya susut berat badan bukan kerana ‘makan hati’… Saya masih solo dan bebas untuk berkawan dengan sesiapa saja,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Malah, dia turut berasa terbeban berkenaan urusan perniagaan dan termasuk dengan hutang syarikat mliknya iaitu Vida Beauty Sdn. Bhd.

Hal ini kerana ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh supaya membayar cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang telah dituntut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah sebanyak lebih daripada RM4.6 juta sebelum 21 Mei hadapan.

Vida dikehendaki untuk membayar kepda pihak LHDN mengikut Subseksyen 91 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 sehingga 2015 berjumlah RM4,686,435.79.

Dalam masa yang sama, penyanyi lagu I Am Me itu juga mempersoalkan tentang kontroversi kononnya dia telah berkahwin secara rahsia baru-baru ini.

“Tak tahu bagaimana boleh timbul cerita saya berkahwin pula? Sedangkan saya tidak punya calon.


“Tumpuan buat masa ini diberi terhadap bidang perniagaan yang perlu perhatian penuh.

“Tidak banyak yang boleh saya kongsi buat masa ini… Insya-Allah. Saya hanya mampu berdoa supaya semuanya dipermudahkan,” tambahnya lagi.

Selepas kejayaan single pertamanya yang sudah mencecah sebanyak hampir 12 juta kali tontonan di YouTube, kini dia bakal muncul dengan single keduanya yang merupakan hasil ciptaan Cat Farish tidak lama lagi.

Walaupun sudah memasuki studio rakaman, namun tiada butiran lanjut didedahkan oleh usahawan hebat ini kerana sudah semestinya dia mahu memberikan kejutan kepada para peminatnya.

“Saya akan merakamkan lagu dengan kos lebih kecil berbanding dulu. Kalau boleh rakam guna telefon mudah alih saja kerana semuanya sudah canggih sekarang.

“Belajar dari kesilapan dulu, saya tidak mahu membelanjakan wang dengan jumlah yang besar hanya untuk merakamkan lagu,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori