Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sedia 486 Klinik...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini kerajaan menyediakan 486 klinik...

Lelaki Dibunuh Selepas Dituduh...

SEORANG lelaki Kanada, Sebastian Paul Woodroffe, telah dibunuh dengan kejam oleh penduduk di...

Liga Perdana: Singa Utara...

KUALA LUMPUR - Pasukan kendalian bekas jurulatih kebangsaan Dollah Salleh, Perlis melaungkan amaran...

Azmin, Zuraida Hadir Mesyuarat...

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan...

Risalah Kristian Di Masjid Selat Melaka

MELAKA – Seorang sukarelawan agama terkejut selepas menemukan kira-kira 30 keping risalah kartun berkaitan ajaran agama Kristian yang diletakkan di rak bacaan Masjid Selat, Pulau Melaka di sini kelmarin.

Risalah yang dipercayai sengaja diletakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu ditemukan kira-kira pukul 5 petang sebelum sukarelawan street Dakwah itu segera memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak pengurusan masjid.

Berikutan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Md. Azhan Samat memberitahu, pihaknya telah memuat laporan polis agar kejadian ini yang merupakan pertama kali berlaku tahun ini disiasat.

“Pihak JAIM menyerahkan kes ini kepada polis untuk disiasat dan tindakan itu boleh didakwa mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada orang Islam 1988.

“Sehubungan itu saya menyeru semua masyarakat untuk sama-sama memelihara perpaduan dengan menjaga sensitiviti setiap bangsa dan agama, kerana sekiranya tidak dijaga ia boleh mengundang berlaku perkara lebih buruk,” katanya ketika ditemui di Bukit Baru di sini malam tadi.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

“Polis telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 11 pagi semalam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori