Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perompak Larikan Peti Besi,...

Kuala Pilah : Dua lelaki memecah masuk rumah di Taman Impian Utama, Jalan...

Pelajar Tingkatan 4 Ditemui...

BUTTERWORTH - Seorang pelajar Tingkatan Empat ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumahnya...

Harga Minyak Dunia Terus...

SINGAPURA - Harga minyak dunia jatuh hari ini berikutan jangkaan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport...

5 Anggota Kumpulan Seventeen...

TSUNAMI yang melanda Selat Sunda pada malam Sabtu membawa khabar sedih bagi pencinta...

Ringgit Teruskan Aliran Menurun

RINGGIT meneruskan aliran menurunnya daripada semalam untuk dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS berikutan pengukuhan dolar AS di tengah-tengah kebimbangan terhadap pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata para peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.2120/2150 berbanding dolar AS daripada 4.2110/2150 pada Selasa.

Menurut laporan berita AS akan mengenakan levi tambahan lima peratus tarif ke atas barangan China bernilai US$300 bilion bermula 1 September.

Cukai itu, yang pada asalnya ditetapkan pada 10 peratus, kini akan menjadi 15 peratus.

Prestasi ringgit juga seiring dengan yuan China yang terus merosot berbanding dolar AS berikutan pertikaian perdagangan itu.

Pada 5 Ogos, yuan China dilaporkan jatuh ke paras terendahnya dalam tempoh sedekad, apabila ia bernilai lebih daripada tujuh bagi setiap dolar AS.


“Prestasi lemah terus kekal apabila ringgit dipengaruhi oleh penurunan nilai yuan China kerana kekukuhan dolar menjejaskan pasaran modal Asia yang telahpun terkesan akibat daripada impak negatif perang perdagangan,” kata Rakan Urusan VM Markets Pte. Ltd., Stephen Innes.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0337/0370 daripada 3.0330/0370 pada Rabu tetapi naik berbanding yen kepada 3.9743/9783 daripada 3.9798/9847.

Ia diniagakan tinggi berbanding euro kepada 4.6686/6723 daripada 4.6704/6753 pada Rabu tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.1441/1482 daripada 5.1353/1419.

Kategori