Ringgit Rendah Berbanding Dolar US Pada Sesi Pagi

KUALA LUMPUR – Ringgit rendah berbanding dolar US pada sesi pagi, hari ini, berikutan permintaan yang lemah, memandangkan peniaga menjangka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan terus mengetatkan dasar monetari.

Pada 9.11 pagi, ringgit adalah 4.1800/1850 berbanding dolar US daripada 4.1780/1810 yang direkodkan pada 6 petang pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata, sentimen belian untuk ringgit lemah selepas Rizab Persekutuan mengesahkan cadangan meningkatkan kadar faedah sebanyak 24 mata asas pada Disember, juga dua lagi potensi peningkatan pada pertengahan 2019.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.0310/0357 daripada 3.0315/0341 pada Jumaat dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6680/6733 daripada 3.6685/6714.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.4093/4162 daripada 5.4343/4386 dan meningkat berbanding euro pada 4.7343/7403 daripada 4.7362/7413. – BERNAMA

Loading...