Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hungary Rancang Teroka Peluang...

ALOR SETAR - Hungary merancang untuk meneroka pelbagai peluang perniagaan dalam beberapa bidang...

Papan Tanda PN Disimbah...

KULAI : Dua papan tanda parti Perikatan Nasional (PN) masing-masing di bulatan Taman...

Lima Jenama Kereta Turun...

GEORGE TOWN - Beberapa jenama kereta termasuk dari keluaran luar negara mencatatkan penurunan...

Malaysia Dalam Keadaan Terkawal...

KUALA LUMPUR - Malaysia berada dalam keadaan terkawal daripada ancaman siber dan tiada...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kelemahan permintaan terhadap mata wang tersebut susulan pengumuman data ekonomi AS yang lebih positif.

Pada 9.07 pagi, ringgit diniagakan pada paras 4.1350/1380 berbanding dolar AS daripada 4.1250/1300 sewaktu ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata para pelabur beralih kepada dolar AS selepas data jualan rumah baharu untuk kalangan keluarga tunggal negara itu pada Mac lepas meningkat hampir ke paras tertinggi dalam tempoh satu setengah tahun.

“Maklumat ini membantu meredakan kebimbangan terhadap ekonomi AS yang lebih perlahan, sekali gus turut melonjakkan dolar AS,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur dengan kelompok mata wang utama.


Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0346/0380 daripada 3.0351/0392 dan naik berbanding euro kepada 4.6114/6151 daripada 4.6254/6326 pada Rabu.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding yen Jepun kepada 3.6874/6910 daripada 3.6870/6921 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3366/3409 daripada 5.3365/3446, sebelum ini.

Kategori