Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Seksa Mangsa 3 Hari,...

HONG HONG - Seorang ahli perbankan Britain yang dituduh membunuh dua wanita Indonesia...

Kecoh 52 Peserta Digugur...

KUALA LUMPUR - Seramai 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas pegawai tadbir...

Beli Kondo: Isa Samad...

BEKAS Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan memfailkan...

PAS Desak Tubuh RCI...

DRAMA kekecohan ketika program Nothing To Hide 2 ekoran soalan berkaitan insiden Memali...

Ringgit Merosot Ke Paras Paling Rendah

KUALA LUMPUR – Ringgit susut ke paras terendah sejak 22 Jan, 2018 ketika ditutup hari ini, sebahagian besarnya diheret turun oleh pengaliran keluar berterusan dana asing disebabkan ketidakpasti pelabur terhadap dasar kerajaan baharu, selain pengukuhan dolar US menjelang keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 3.9920/9960 berbanding dolar daripada 3.9880/9910 pada penutupan Selasa.

Ketua Pedagang OANDA di Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata laporan oleh agensi penarafan, Moody’s Investors Service mengenai dasar dfskal kerajaan Malaysia, turut memberi impak ke atas nota tempatan.

Innes berkata laporan itu, yang menganggarkan kerugian hasil susulan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan dinilai kira-kira 1.1 peratus kepada keluaran dalam negara kasar pada 2017 dan 1.7 peratus selepas 2018, memberi tekanan ke atas ringgit.

“Tambahan pula beberapa pedagang menetapkan sasaran ringgit pada paras psaikologi RM4 kepada satu dolar US. Bagaimanapun dari sudut positifnya, prospek pertumbuhan domestik tidak terjejas dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, Innes juga berkata pelabur dan pedagang kini memberi tumpuan kepada mesyuarat Fed yang berakhir lewat hari ini untuk mendapatkan arah tuju pelaburan.


Pada penutupan, unit tempatan bagaimanapun lebih tinggi berbanding sekumpulam mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9874/9908 daripada 2.9897/9931 dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.3241/3311 berbanding 5.3415/3475.

Berbanding yen Jepun, unit tempatan juga tinggi kepada 3.6097/6140 daripada 3.6205/6242 pada Selasa dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6922/6973 daripada 4.7038/7082. – BERNAMA

Kategori