Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelatih PLKN Bakal Ikuti...

KUALA LUMPUR - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kini dalam peringkat kajian...

JPA Diarah Laksana Pusingan...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata Jabatan Perkhidmatan...

Bekas Wanita Paling Gemuk...

BEKAS wanita paling gemuk di dunia, Catrina Raiford, 40, kini sedang mencari cinta...

Najib, Rosmah Menghadap Maharaja,...

TOKYO - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri...

Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US, dengan pelabur terus berhati-hati walaupun Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju untuk menghentikan seketika perang perdagangan.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1630/1680, tidak berubah semasa ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata walaupun Presiden AS Donald Trump dan rakan sejawatannya dari China Xi Jinping bersetuju untuk menghentikan seketika tarif baharu yang dijangka dikenakan pada Januari tahun depan, pelabur masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat mengenai mata wang pasaran sedang pesat membangun yang berisiko seperti ringgit.

“Hasil jangka panjang daripada mesyuarat itu masih tidak menentu, sebahagian pelabur berasa ragu jika ‘persetujuan’ antara kedua-dua pemimpin itu boleh menjadi ‘U-turn’ disebabkan tweet atau tajuk akhbar,” katanya.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.


Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0427/0486 daripada 3.0474/0515 pada Isnin, naik berbanding yen kepada 3.6653/6706 daripada 3.6695/6748 dan menambah berbanding euro kepada 4.7258/7328 daripada 4.7312/7373.

Ringgit turut naik berbanding pound kepada 5.2958/3025 daripada 5.3195/3275. – BERNAMA

Kategori