Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kegagalan Capai 70 Emas...

NEW CLARK CITY - Kegagalan mencapai sasaran 70 emas pada Sukan SEA ke-30...

4 Langkah Mudah Miliki...

MEMILIKI kulit yang kelihatan cantik, berseri dan putih sememangnya menjadi dambaan setiap wanita. Yalahhh......

JBPM Hantar 21 Tan...

GUA MUSANG : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi unit udaranya semalam,...

Hsiao Chiu, Si Zirafah...

SEEKOR zirafah mati disebabkan terlalu panik setelah dikurung dan dimuatkan ke dalam sebuah...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur tidak memasuki pasaran disebabkan ketidaktentuan yang menyelubungi perdagangan global dan ketegangan perdagangan semakin meningkat membabitkan Amerika Syarikat (AS).

Pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.1750/1780 berbanding dolar AS daripada 4.1650/1690 pada penutupan Jumaat.

MIDF Research dalam taklimat ekonominya berkata, ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara AS dan China telah melemahkan sentimen pengguna AS dengan inflasi jangka panjang dijangka jatuh ke paras terendah memandangkan prospek ekonomi diunjurkan suram susulan tindakan Presiden AS, Donald Trump meningkatkan perang perdagangan.

Perang perdagangan juga telah menyebabkan pertumbuhan output perindustrian China pada Mei berada pada paras paling lemah sejak awal 2002 iaitu pada lima peratus tahun ke tahun.

“Tekanan daripada perang perdagangan AS-China yang menunjukkan kenaikan tarif ke atas import China telah menjejaskan pengeluaran perindustrian utama China,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga berkata, bukan sahaja ketegangan antara AS dan China telah menyebabkan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati, tetapi kenaikan tarif dalam pertikaian perdagangan antara India dan AS turut menjejaskan ekonomi global.

“Tekanan negatif terhadap perdagangan tidak baik untuk ekonomi global,” katanya.


Semalam, dilaporkan India bertindak balas dengan mengumumkan kenaikan tarif 70 peratus terhadap barangan AS seperti epal serta badam, kekacang dan beberapa produk kimia.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0448/0481 daripada 3.0457/0491 semasa ditutup pada Jumaat, lebih tinggi pada 5.2572/2618 daripada 5.2691/2759 berbanding pound dan naik berbanding euro kepada 4.6835/6873 daripada 4.6940/6989.

Mata wang tempatan juga meningkat berbanding yen kepada 3.8430/8461 daripada 3.8490/8534.

Kategori