Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini yang diheret turun akibat penurunan harga minyak, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.1860/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1850/1880 sewaktu ditutup pada Isnin.

Penganalisis Kanan Pasaran OANDA, Jeffrey Halley berkata, kalangan pedagang masih berhati-hati berikutan faktor seperti inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) yang mencukupi, pertikaian perdagangan Washington-Beijing yang berlanjutan serta kelemahan harga minyak mentah.

Minyak mentah Brent yang juga penanda aras didagangkan 0.28 peratus lebih rendah iaitu US$68.58 setong pada masa ini.

Selain itu, Halley berkata sebahagian besar mata wang serantau dijangka tidak berubah berikutan keadaan pasaran semalaman di AS dan United Kingdom yang lebih lengang bersempena cuti.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0435/0473 daripada 3.0447/0474 pada Isnin dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8200/8247 daripada 3.8226/8268.

Ringgit turut mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3074/3138 daripada 5.3116/3167 dan tinggi berbanding euro kepada 4.6841/6907 daripada 4.6839/6889.

Loading...