Ringgit Dibuka Lebih Lemah

KUALA LUMPUR- Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang lebih lemah susulan sentimen ekonomi global yang melanda pelabur selera, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.1900/1940 berbanding dolar AS daripada 4.1870/1900 penutup Selasa.

Peniaga berkata, ketidakpastian yang berlarutan berhubung perang perdagangan AS-China menyebabkan kebanyakan pelabur beralih kepada instrumen yang selamat termasuk dolar AS dan yen Jepun.

Katanya, kelembapan ekonomi di China juga menyebabkan yuan China menyusut bersama-sama mata wang serantau lain, termasuk ringgit kerana ia disandarkan kepada prestasi yuan.

Selain itu, penurunan harga minyak juga melemahkan lagi nilai nota tempatan.

Penanda aras minyak mentah Brent didagangkan 0.44 peratus lebih rendah pada AS$68.37 satu tong pada masa penulisan.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur dengan sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0369/0409 daripada 3.0396/0420 semalam, tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.8335/8382 daripada 3.8283/8321.

Unit tempatan lebih lemah berbanding pound Britain kepada 5.3024/3079 daripada 5.2986/3045, tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.6790/6855 daripada 4.6844/6899.

Loading...