Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mat Rempit Ganas Tetak...

Kuala Lumpur - Sekumpulan ‘mat rempit’ bertindak ganas apabila menetak tangan dan payudara...

Samun Warga Emas, Polis...

Seremban : Polis kini sedang memburu dua lelaki bersenjatakan parang disyaki terbabit dalam...

Tahanan Sosma Di Penjara...

SUNGAI BULOH - Seramai 118 tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)...

Azmin Salahkan Abdul Khalid...

SHAH ALAM - Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mempersalahkan...

Ribuan Penduduk Mula Kembali Ke Marawi

MARAWI – Ribuan penduduk Marawi mula kembali ke kediaman masing-masing semalam selepas pertempuran selama lima bulan bagi membebaskan bandar itu daripada militan Daesh berakhir.

Peperangan yang meragut lebih 1,100 nyawa dan memusnahkan sebahagian besar Marawi diisytiharkan tamat kelmarin.

Konflik yang tercetus selepas militan Daesh dan pemberontak Maute menawan Marawi pada 23 Mei lalu turut menyebabkan 400,000 penduduk menjadi pelarian.

“Kami masih takut tetapi mahu melihat keadaan rumah kami,” kata seorang penduduk, Jamaliah Lomontong.

Menurutnya, rumahnya yang terletak berhampiran lokasi pertempuran utama hanya mengalami kerosakan kecil tetapi banyak barang berharga dicuri.

“Semua yang mudah dibawa seperti televisyen dan komputer riba hilang,” jelasnya.


Seorang ahli perniagaan, Gonaranko Mapandi Jnr berkata, dia berasa gembira dan sedih.

“Saya gembira kerana kami kini boleh kembali semula dan sedih dengan apa yang berlaku di bandar ini,” katanya.

Sementara itu, tentera memberitahu, bunyi tembakan dan letupan yang masih kedengaran adalah sebahagian operasi mencari saki-baki militan dan memusnahkan bom yang ditinggalkan mereka. – AFP/myMetro Online

Kategori