Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bukan Seorang, Tapi Dua...

Ipoh : Bomba mengesahkan bilangan mangsa tertimbus dalam kejadian runtuhan kuari di Keramat...

Mindef Batal Lima Perolehan...

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan (Mindef) memutuskan untuk membatalkan lima perolehan melibatkan perolehan bekalan,...

Hasil Pengurangan Subsidi Minyak...

SABAK BERNAM - Hasil daripada pengurangan subsidi bahan api akan dimanfaatkan sebaiknya untuk...

Betul Ke Saudi Ada...

ALKISAH pada 8 Oktober lalu, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa Kementerian Luar Malaysia...

Ribuan Warga Gaza Cedera Berisiko Dapat Jangkitan

RAMALLAH – Kira-kira 1,000 penduduk Palestin yang ditembak tentera Israel ketika berbulan pertembungan sempadan mengalami jangkitan menjurus mereka cacat kekal, kata badan kebajikan MSF (Medecins Sans Frontieres) semalam, melabelnya sebagai ‘kecemasan penjagaan kesihatan bergerak perlahan.’

Kira-kira 6,000 penduduk Palestin ditembak tentera Israel ketika demonstrasi ganas di sepanjang sempadan Gaza sejak Mac lalu, menurut Kementerian Kesihatan di semenanjung terkepung berkenaan.

MSF atau Doctors Without Borders yang menyediakan penjagaan kesihatan untuk ribuan penduduk Palestin sejak bantahan meletus berkata, sistem penjagaan kesihatan di Gaza dibanjiri sejumlah besar kes dan rawatan rumit diperlukan.

Kebanyakan mangsa cedera akibat tembakan hidup di kaki, mengakibatkan luka terbuka menjurus kepada jangkitan, kata MSF.

Manakala 1,000 yang mengalami jangkitan pada akhirnya menyebabkan mereka perlu memotong anggota terbabit atau berdepan kematian.

“Banyak pesakit perlu menuntut terlalu banyak sistem penjagaan kesihatan terbaik di dunia. Di Gaza, ia adalah satu tamparan menghancurkan,” kata ketua MSF untuk wilayah Palestin, Marie-Elisabeth Ingres dalam satu kenyataan.

Pertubuhan bukan kerajaan itu menggesa Israel membenarkan mangsa yang cedera dibawa keluar dari semenanjung terkepung itu untuk rawatan diperlukan dan kerajaan menawarkan kemudahan perubatan kepada yang cedera.


“Alternatif bahawa ribuan pesakit dibiarkan dengan kecederaan teruk, ramai daripadanya cacat kekal dan bergantung kepada keluarga, tidak dapat dibayangkan apabila rawatan mencukupi boleh dicapai,” katanya.

Israel mengekalkan sekatan ketata di Gaza yang dikatakan perlu untuk mengasingkan pemerintah Hamas serta menghalang kumpulan Islam itu daripada memperoleh senjata atau bahan yang mungkin digunakan untuk membuatnya.

Pengkritik berkata, ia bersamaan kepada hukuman terkumpul buat dua juta penduduk di sana. Sekurang-kurangnya 235 penduduk Palestin di Gaza maut dalam pertembungan sejak 30 Mac lalu, kebanyakannya ditembak Israel atau serangan udara dan kereta kebal. – AFP/BH ONLINE

Kategori